top of page

Bismillahirrahmanirahim

Detik kehidupan manusia mengalami fasa-fasa dinamik dan juga perubahan,bukannya statik.Sejak kelahiran kita sebagai seorang manusia,ianya dilengkapkan dengan kesempurnaan fitrah insani yang terikat kepada takdir dan ketentuan Allah.


Bergelar seorang hamba kepada RabNya,memberi makna yang lebih besar untuk kita mengatur kehidupan yang bermatlamat dan beragenda jelas selari dengan kehendakNya.

Oleh itu ,fitrah sebagai seorang manusia haruslah dipandu dan dipasakkan dengan matlamat dan agenda dalam apa jua keadaan untuk mencapai makna kesempurnan kehidupan di sisi Allah.

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum 21)

Antara  fitrah manusia ialah, mereka dijadikan berpasang-pasangan.Ketenteraman dan kesempurnaan ini dikurniakan Allah kepada hambanya, untuk menghirup dan merasai erti kasih-sayang.
Jodoh yang telah ditakdirkan ini ,memberi makna yang besar kepada seorang hamba yang berjalan  di atas kehendak Ilahi. Mereka memerlukan peneman hidup untuk mengecapi erti taqwa yang sebenar.

Perkahwinan dan pembentukkan sebuah keluarga itu adalah bertujuan membina sebuah institusi yang melahirkan generasi soleh dan solehah yang mampu memberi manfaat kepada ummah seterusnya menjadi aset yang berharga dalam masyarakat keseluruhannya.


Gerbang perkahwinan ini juga merupakan salah satu saksi di hadapan manusia dan Allah di atas kesungguhan dan pengorbanan kita dalam membina sebuah institusi keluarga, untuk melahirkan individu-individu yang memahami Islam dengan sempurna, seterusnya menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. 

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi (saksi) orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi (saksi) orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.”
(Al-Baqarah 143)

 

                                                                            * * * *


Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. yang telah mengatur dengan sebaik-baik perancangan dan mengurniakan nikmat pertemuan dua hati ini.

Dengan ini, kami,

Abdul Rahman Bin Dashuki & Nurul Wahidah Binti Ramli

mengumumkan pernikahan dan Walimatulurus kami yang akan berlangsung dengan izinNya pada,

31 Ogos 2013 bersamaan 24 Syawal 1434 H bertempat di Kampung Sri Bayas,Bandar Permaisuri 22100 Setiu Terengganu.( Keluarga Perempuan )
 

dan

14 September 2013 bersamaan 8 Zulkaedah 1434 H bertempat di No 12, Jalan Au2a/3 Taman Keramat 54200 KL ( Keluarga Lelaki )


Kami berbesar hati mempersilakan Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

dan  kenalan ke majlis kami berdua.Semoga kehadiran anda semua dapat menyerikan lagi majlis tersebut.

Semoga gerbang perkahwinan ini akan berkekalan serta mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.


MEMBINA GENERASI HARAPAN

MEMBANGUN UMMAH BERAGENDA

 

Pendahuluan

"رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ"
bottom of page